____Hamba ALLAH____

____Hamba ALLAH____

Rabu, 08 Desember 2010

KEMESRAAN

KEMESRAAN… Kemesraan adalah buah cinta
Kemesraan adalah keindahan dalam
berumah tangga
Kemesraan adalah cara mengekalkan
keharmonian rumahtangga
Kemesraan adalah pancaran akhlak dan jiwa seseorang
Orang yang paling baik agamanya adalah
yang terbaik akhlaknya
Dan orang yang terbaik akhlaknya adalah
yang terbaik kepad isterinya Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang terbaik akhaknya
sehingga Allah subhanahu wa ta ’ala memujinya:
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) …sungguh mempunyai akhlak yang Agung (‘azhiim).” (QS. Al-Qalam : 5) Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Orang mukmin yang paling sempurna
IMANnya adalah yang paling baik
AKHLAKnya dan sebaik-baik kamu ialah
yang paling baik kepada ISTERInya" (HR
Tirmidzi) “ Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik kepada
keluarganya dan aku adalah orang yang
paling baik diantara kalian kepada
keluargaku “ ( HR Imam Tirmidzi, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu
hibban serta dishahihkan oleh Al-
Albani ) "Tidaklah memuliakan perempuan kecuali
orang yang mulia, dan tidaklah
menghinakan perempuan kecuali orang
yang hina." (HR.Ibnu Asakir). Menurut Rasulullah shalallahu 'alaihi wa
sallam, bercanda dan bermesraan dengan
isteri adalah IBADAH dan berpahala:
Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wasallam
bersabda, "Dalam kemaluanmu itu ada
sedekah." Sahabat lalu bertanya, "Wahai Rasulullah,
apakah kitamendapat pahala dengan
menggauli istri kita?."
Rasulullah menjawab, "Bukankah jika
kalian menyalurkan nafsu di jalan yang
haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang
halal, kalian akan berpahala." (HR.
Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah) Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam
bersabda:
“Segala sesuatu yang tidak terdapat di dalamnya dzikir (ingat) kepada Allah,
maka itu adalah permainan yang
melalaikan kecuali empat perkara:
berlatih menunggang kuda, mencumbu
istrinya dan mengajar (belajar) renang ”. (HR Ath- Thabrani dengan sanad jayyid) Sehingga walaupun beliau seorang
pemimpin Negara atau komandan dalam
peperangan, tetapi beliau sangat
menghormati dan memuliakan wanita.
Diantara kemesraan beliau bersama isteri-
isterinya adalah sebagai berikut: Bermain dan bercanda dengan isteri
Aisyah radhiyallah ‘anha mengisahkan: Pada suatu ketika aku ikut bersama
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu
aku masih seorang gadis yang ramping.
Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak
terlebih dahulu. Mereka pun berangkat
mendahului kami. Kemudian beliau
berkata kepadaku: “Kemarilah! sekarang kita berlomba lari.” Aku pun meladeninya dan akhirnya aku dapat mengungguli
beliau. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya diam saja atas keunggulanku tadi.
Hingga pada kesempatan lain, ketika aku
sudah agak gemuk, aku ikut bersama
beliau dalam sebuah lawatan. Beliau
shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak
terlebih dahulu. Kemudian beliau
menantangku berlomba kembali. Dan
akhirnya beliau dapat mengungguliku.
Beliau tertawa seraya berkata: “Inilah penebus kekalahan yang lalu !” (HR. Ahmad) Membantu menaiki kendaraan
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa
ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari peperangan
Khaibar, beliau menikahi Shafiyyah binti
Huyaiy radhiyallahu ‘anha. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi
untuk melindungi Shafiyyah radhiyallah
‘anha dari pandangan orang. Kemudian beliau duduk bertumpu pada lutut di sisi
unta tersebut, beliau persilakan Shafiyyah
radhiyallah ‘anha untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut beliau. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
walaupun sedang haid..
Dari Atha` bin Yasar: "Sesungguhnya
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Aisyah radliyallahu ‘anha biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika
baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah
bangkit. Baginda kemudian bertanya,
`Mengapa engkau bangkit?' Jawab Aisyah,
Kerana saya haid, wahai Rasulullah.'Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu
berkainlah & dekatlah kembali padaku.'
Aku pun masuk, lalu berselimut bersama
beliau." (Hadis Riwayat Sa`id bin
Manshur). Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan
memulai dari auratnya menggunakan
nurah (sejenis serbuk pewangi) dan
isterinya baginda meminyaki bagian lain
tubuh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa
mandi bersama Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan satu bejana. Kami
biasa bersama-sama memasukkan tangan
kami (ke dlm bejana tesebut)." (Hadis
riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu
Syaibah). Disisir oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya
biasa menyikat rambut Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat
Ahmad). Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya
meminyaki badan Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallam pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah
aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir). Minum bergantian pada tempat yang
sama
Dari Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa
minum dari cawan yg sama walaupun
ketika haid. Nabi mengambil cawan
tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu
Baginda minum, kemudian saya
mengambil cawan tersebut dan lalu
menghirup isinya, kemudian Baginda
mengambilnya dari saya, lalu Baginda
meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun
menghirupnya." (Hadis Riwayat
Abdurrazaq dan Said bin Manshur). Membelai isteri
"Adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah setiap hari melainkan
beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Baginda
menghampiri dan membelai kami tetapi
tidak bersama sehingga Baginda singgah
ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di
tempatnya." (Hadis Riwayat Ahmad). Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahwa Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian
Baginda bersembahyang & tidak
mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat
Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a,
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang
berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad). Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku
walaupun aku sedang haid, kemudian
beliau membaca Al-Quran." (Hadis
Riwayat Abdurrazaq). Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa
nama panggilan yg di sukainya spt Aisy &
Humaira (pipi merah delima). Menyejukkan kemarahan isteri dengan
mesra
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan
Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah
doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad,
ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah
kekerasan hatiku dan lindungilah diriku
dari fitnah yg menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni). Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah
tidur bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam di atas satu tikar ketika aku
sedang haid. Apabila darah ku menetes di
atas tikar itu, Baginda mencucinya pada
bagian yang terkena tetesan darah dan
baginda tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di
sisiku. Apabila darah ku menetes lagi di
atas tikar itu, Baginda mencuci pada
bagian yang terkena tetesan darah itu saja
dan tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (Hadis Riwayat Nasai). Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia
berkata, "Ketika Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menikah dgn Ummu Salamah,
Baginda bersabda kepadanya,
”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi
sebuah pakaian berenda dan beberapa
botol minyak kasturi, namun aku
mengetahui ternyata Raja Najasyi telah
meninggal dunia dan aku menduga hadiah
itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku
akan memberikanya kepadamu." Dia
(Ummu Kaltsum) berkata,"Ternyata
keadaan Raja Najasyi seperti yg di
sabdakan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan hadiah tersebut di kembalikan
kpd Baginda, lalu Baginda memberikanya
kepada masing-masing isterinya satu botol
minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi
dan pakaian tersebut Baginda berikan
kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad) Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman
Zainab, untuk melepaskan keinginan
Baginda kepadanya, lalu keluar &
bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia
menghadap dalam rupa
syaithan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik,
hendaklah ia mendatangi isterinya karena
pada diri isterinya ada hal yang sama
dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis
Riwayat Tirmizi). Semoga kita bisa mengambil hikmah dan
meneladaninya Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik
bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak
menyebut Allah ”. (QS Al-Ahzab:21) Wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar